Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Wednesday, June 17, 2009

Tok Guru Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya

Tuesday, June 16, 2009

Senarai barisan kepimpinan Pemuda PAS 2009-2011

KUALA LUMPUR, 16 Jun : - Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Harakahdaily.

Sunday, June 14, 2009

Sokong kerajaan perpaduan belakangi kuasa Mursyidul Am PAS - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".

Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

- BERNAMA

Sokong kerajaan perpaduan belakangi kuasa Mursyidul Am PAS - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".

Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

- BERNAMA

Sokong kerajaan perpaduan belakangi kuasa Mursyidul Am PAS - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai "boneka Umno".

Nik Aziz turut menegaskan pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya.

"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru-baru ini membidas sesetengah pemimpin PAS yang masih mempertahankan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak menyertai kempen parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu..

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

- BERNAMA

Thursday, June 11, 2009

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia

Tuesday, June 9, 2009

PMBK bayar gaji ikut bulan Hijrah

KOTA BHARU, 8 Jun (Hrkh) -

Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata, PMBK akan membayar gaji kepada kakitangan pada setiap 25 hari bulan hijrah.

Menyedari keistimewaan tersebut Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan melaksanakan pembayaran gaji kepada 780 kakitangannya menggunakan kalendar hijrah mulai bulan depan.

"Program ini akan bermula pada 25 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 18 Julai depan," katanya di sini.

Beberapa tahun lalu Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri dibayar mengikut kalendar Islam.

Bagaimanapun setelah kajian dibuat cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana bertentangan dengan peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ariffahmi berkata, pembayaran gaji mengikut kalendar Islam memberi kelebihan kepada kakitangan kerana tempohnya lebih pendek.

"Jumlah hari dalam setahun kalendar Hijrah berkurangan sebanyak 11 hari. Ini bermakna secara purata tambahan satu bulan gaji akan diperolehi setiap tiga tahun bekerja dengan penggunaan kalendar Hijrah

Sunday, June 7, 2009

Jangan sekali-kali bersekongkol dengan Umno - Pemuda PAS

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai munafik dan najis dalam perjuangan ini.

"Tolonglah jangan menjadi seperti najis dalam perjuangan," ujarnya.

Beliau yang juga Pemuda PAS Pandan mengingatkan agar semua pihak khususnya mereka yang telah dipilih menduduki saf kepimpinan agar sentiasa menyedari bahawa tanpa sokongan daripada perwakilan di peringkat kawasan bahawa mereka tidak mungkin berada di tempat tersebut.

"Bak kata satu pepatah india yang berbunyi 'kamu hendaklah bekerja dan rajin dan jangan cemburu dengan jawatan orang lain' kerana mereka tidak mungkin dapat berada di sana tanpa sokongan daripada cawangan dan kawasan.

"Tidak mungkin mereka dapat menjadi wakil rakyat ataupun apa-apa tempat yang tinggi kerana kesemua itu bukanlah bergantung kepada kekuatan diri sendiri semata-mata," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahwa pimpinan perlu mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak mengadakan kerjasama dengan Umno-BN. - mns_

Tolak perpaduan dengan Umno, jadikan 'PAS the only choice' - Vincent

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS (KPP) menegur pihak-pihak yang menggunakan istilah 'perpaduan' yang hanya memberikan pandangan 'negatif' bukan Islam terhadap PAS.

"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya.

Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent.

Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya.

"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya.

"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya

Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita.

Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul.

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya./wann

Cadangan Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO Karut:YAB Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam.

Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.

Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi.

"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.

"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.

USUL TERGEMPAR: Tubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja siasat pengambilan secara haram kerajaan Perak

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.

Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.

Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.

Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.

Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.

Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno

Saturday, June 6, 2009

PAS Perak desak henti rundingan dengan Umno

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.

"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.

Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".

Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.

Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.

Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.

"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.

Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat

PAS Perak lancar kempen bubarkan Dun Perak


SHAH ALAM, 6 Jun :- Kira-kira jam 4.20 petang Stadium Malawati bergema dengan laungan takbir dan bubarkan Dun Perak apabila barisan pimpinan yang berada di pentas dipakaikan 'arm band' hitam bertulis "Bubarkan Dun" oleh perwakilan Perak.

Sejurus itu juga seluruh hadirin berdiri untuk memberi sokongan apabila Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa diberi penghormatan untuk melancarkan kempen pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak sempena persidangan Muktamar Tahunan ke-55 hari ini.

Pelancaran tersebut biarpun berlangsung tidak sampai sepuluh minit namun ia meninggalkan kesan atau catatan sejarah kepada semua perwakilan dan hadirin.

Ini dapat disaksikan apabila secara sepontan dewan bagaikan berada di 'medan tempur'.

Suasana dewan bertambah semangat apabila Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli mengetuai hadirin melaungkan "bubar Dun Perak".

Sebelum itu, Nasharuddin yang bangun berucap dengan penuh semangat berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk pertahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

"Hari ini sudah sampai ke peringkat maksimum ditunjukkan rakyat Perak. Kesabaran mereka terbukti dalam pilihan raya di Bukit Gantang.

"Cuma rakyat Perak tidak turun di jalan raya walaupun hak mereka dicabul dan dirampas kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Sehubungan itu katanya, hari ini sekali lagi pimpinan PAS dan rakyat mendesak Dun Perak dibubarkan secepat mungkin

Keputusan Pemilihan

Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam. Malaysiakini.

PERBAHASAN UCAPAN DASAR PRESIDEN BERMULA PAGI INI

Pagi ini wakil negeri-negeri akan mula membahaskan Ucapan Dasar Presiden yang bertemakan Islam Memimpin Perubahan. Perwakilan dijangka akan menyentuh isu-isu hangat dan panas selain dari membangkitkan isu-isu utama yang diketengahkan oleh Presiden dalam ucapannya semalam.

Manakala keputusan pemilihan semua jawatan yang dipertandingkan dijangka akan diumumkan oleh Datuk Mustapa Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan awal pagi ini.

Friday, June 5, 2009

Husam tuntut Utusan mohon maaf

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menuntut akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Menilai Hujah Husam' yang didakwa mengandungi serangan peribadi terhadap exco kerajaan Kelantan itu.

Husam berkata, akhbar tersebut yang berkait rapat dengan lawan politik PAS - Umno - telah menyiarkan artikel tersebut pada 31 Mei di mana beliau telah dilabelkan sebagai 'musuh PAS" yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan parti Islam itu.

Beliau memfailkan saman terhadap Utusan semalam selepas surat tuntutannya tidak dijawab.

Surat tuntutan tersebut dihantar oleh peguam Husam - Balan Nair Thamodaran pada 2 Jun - menyatakan bahawa artikel itu (yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia) membawa maksud bahawa, Husam tidak setia pada PAS, seorang yang tidak boleh dipercayai, berniat hendak dan/atau prejudis terhadap kepentingan PAS dan musuh PAS.

Peguam Husam berkata artikel tersebut dengan jelas merujuk kepada presiden PAS itu yang digambarkan sebagai dari kumpulan profesional dan kumpulan Erdogan.

Balan berkata, artikel tersebut berniat untuk menjejaskan peluang pelanggannya yang bertanding - jawatan timbalan presiden - dalam pemilihan parti itu, dengan menggambarnya, sebagai musuh PAS.

Menurutnya lagi, artikel itu juga merupakan serangan peribadi terhadap Husam yang terkeluar dari skop kewartawanan profesional.

Pejuang Gerakan Mansuhkan PPSMI Di Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa






Sempena Muktamar PAS ke-55 diadakan Majlis Penganugerahan Tokoh Bahasa. Dua orang yang dipilih kali ini ialah Pengerusi GMP(Gerakan Mansuhkan PPSMI),Dato' Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, A.Samad Said.

Kerjasama erat Pakatan Rakyat dicemburui Umno/BN - Presiden PAS

SHAH ALAM, 5 Jun (Hrkh) - Kerjasama erat yang diperlihatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN, tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar sempena Muktamar PAS Pusat kali ke-55.

Ucapan itu disampaikan Ustaz Hadi di hadapan perwakilan dan pemerhati sempena muktamar ke-55 hari ini.

Menurut Ustaz Hadi, sepanjang tempoh setahun selepas Muktamar di Ipoh Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negara.

Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil � bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Beliau menegaskan, kesemua pilihan raya ini sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber Media Baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

"Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

"Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa iri hati dan merasa bahang kepanasannya," kata Presiden PAS.

Kemuncak daripada keangkuhan dan iri hati itu, Umno/BN melakukan tindakan tanpa susila, Umno/BN merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di negeri Perak Darul Ridzuan, ujarnya.

Ustaz Hadi juga menyatakan Umno/BN telah mengetepikan suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan tiadanya pemisahan kuasa dalam badan kehakiman.

Katanya lagi, kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik.

"Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan �standing order� Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa," katanya.

Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, kata Ustaz Hadi lagi.

Begitupun kuat cabaran dan ugutan yang dihadapkan ke atas PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, kerjasama erat yang terjalin tetap utuh menyebabkan lawan cemburu, katanya.

Justeru beliau mengingatkan kerjasama itu perlu diperkuatkan dengan temannya, PAS sendiri mendepani perubahan dengan tema 'Islam Memimpin Perubahan'. - mns_

Teruskan Perjuangan, Selamat Bermuktamar


Hari ini bakal berlansung Muktamar Pas ke-55. Semoga ianya berjalan dengan lancar. Jika ada pertikaian sebelum muktamar, lupakan selepasnya. Biduk berlalu, kiambang bertaut.

Jika ditanya siapa yang saya sokong dalam muktamar kali ini? (khususnya jawatan Timbalan Presiden yang heboh diperkatakan itu).Jawapan saya: saya sokong PAS. Maknanya siapa pun yang menang dalam muktamar ini tetap pemimpin PAS yang perlu disokong, perlu didokong rakyat.

Jika pemimpin yang menang dalam muktamar ini kelak berjuang atas landasan yang diyakini, sokongan padu perlu diberikan kepadanya berterusan. Tapi jika dia menyeleweng dari landasan perjuangan, nasihatilah dia untuk kembali ke pangkal akar perjuangan parti. Jika dia masih dengan caranya dan membelakangi suara ahli, singkirkan dia. PAS pernah melakukan ini apabila menyingkirkan Datuk Asri yang berkarisme hebat dan jasanya amat besar itu. PAS bukanlah Umno yang tidak berani menyingkirkan pemimpinnya yang menyeleweng. PAS adalah PAS yang sentiasa berani berkata benar.

Teruskan perjuangan, selamat bermuktamar!

Tahniah : Pimpinan baru Pemuda dan Ulama


Nasrudin Hassan (kanan) yang menggantikannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS dan Azman Shapawi selaku Timbalan Ketua yang baru sayap itu pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50.

Sementara itu, Wakil Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman ketika membahaskan Ucaptama berkata Isu dalaman parti wajar diselesaikan di peringkat parti tanpa meuar-uarkan kepada orang luar terutamanya media massa yang tidak bersama perjuangan PAS. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan berkata, biarpun media memberi sokongan kepada PAS, dalam masa yang sama mereka memecahkan parti.

Kita jangan menari mengikut rentak media, kalau mereka bersama kita pun hanya hendak pecah belah,” ujarnya dalam ucapan perbahasan ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Keputusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat dan DewanUlamak PAS Pusat adalah seperti berikut.

Keptusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011

Ketua Dewan Pemuda : Nashruddin Hassan (MTB)
Timbalan Ketua : Azman Shapawi Abdul Rani (MTB)
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusoff (MTB)

Ahli Jawatankuasa :

1. Riduan Mohd Noor – 197 undi.
2. Nik Abduh Nik Aziz -194 undi
3. YB Mohd Firdaus Jaafar (176);
4. Mohd Nazri Chik Zain (165);
5. Suhaizan Kaiat (165);
6. YB Nasir Zakaria (150);
7. Kamal Ashaari (145);
8. Kamalrulzaman Mohamad (139);
9. Khairul Faizil Ahmad Kamil (139);
10. Mohd Adram Musa (135);
11. Abdullah Abdul Karim (127) dan,
12. Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Manakala keputusan penuh pemilihan jawatan Dewan Ulama PAS Pusat yang diumumkan oleh Dato’ Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

Keptusan Penuh Dewan Ulama PAS Pusat 2009-2011

Ketua: Ustaz Harun Taib (Menang tanpa bertanding – (MTB)
Timbalan: Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib: Dr Mahfodz Omar (MTB)

Ahli Jawatankuasa :

1. Ustaz Husin Awang (193 undi)
2. Ustaz Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato’ Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8.Ustaz Hasan Mohamad (143)
9.Ustaz Ismail Noh (138)
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11.Ustaz Mohd Mustafa (131)
12.Ustaz Abdullah Husin (129)

Pemeriksa Kira-kira: Ustaz Hj Ibrahim Omar (188

Thursday, June 4, 2009

Proses penggundian AJK Pemuda PAS berjalan lancar dan ditutup jam 12.30 tengahari tadi. Perwakilan dan AJK Pemuda PAS Pusat mula menggundi mulai pukul

Proses penggundian AJK Pemuda PAS berjalan lancar dan ditutup jam 12.30 tengahari tadi. Perwakilan dan AJK Pemuda PAS Pusat mula menggundi mulai pukul 10.40 pagi tadi. Mereka mengundi secara bergilir-gilir. Seramai 23 orang calon dari kalangan ahli pemuda menawarkan diri bertanding Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat. Ketua, Timbalan dan Naib Ketua di menangi tanpa bertanding. Begitu juga Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap turut dimenangi tanpa bertanding.

Pertandingan pemuda berjalan secara sihat dan berakhlak, tidak ada unsur lobi, kempen dan sebagainya. Sepanjang muktamar berjalan tidak ada di kalangan calon-calon yang bertanding cuba mempengaruhi pengundi dengan berjumpa atau bersalam-salaman di dewan Muktamar. Tidak ada juga agen yang digunakan untuk berkempen. Beginilah lumrahnya pemuda sewaktu pemilihan sejak saya menjadi EXCO lagi.

Pengumuman kemenangan dijangka akan diumumkan lewat petang ini

Ulama selar 'musuh dalam selimut'

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud menyelar tindakan "musuh dalam selimat" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama.

"Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, terdapat segolongan kecil penyokong PAS yang cuba memperkecikan, dan yang lebih teruk lagi menidakkan sumbangan ulama dalam memajukan parti kita," katanya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad, serangan itu dibuat menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini seperti di laman blog dan media elektronik bagi "memburukkan peribadi dan menyerang ulama atas nama kebebasan melulu".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang
dimaksudkannya dalam ucapan itu.

Mengulas isu pertembungan ulama dan profesional dalam parti itu,
Mohamad menekankan keperluan golongan itu mempelajari pelbagai ilmu bagi terlibat sama dalam perbahasan pelbagai isu semasa dengan lebih aktif.

"Sebagai contoh terdekat, ketika Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan idea kerajaan perpaduan, sepatutnya ulama adalah golongan pertama yang menjalankan kajian dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

"(Melihat) sejauh mana pengalaman dalam negara lain di dunia. Sejarah menunjukkan bagaimana presiden kita mempunyai pembacaan, ijtihad politik yang tinggi yang memerlukan sokongan kita," katanya.

HUSAM DIHENTAM MACAM KARPAL SINGH..


Kadang-kadang pelik juga sejak akhir-akhir ini apabila tengok akhbar-akhbar harian tempatan milik UMNO asyik mencari salah dan silap Naib Presiden PAS, Dato Paduka Husam Musa.
Tak pernah-pernah selama ini akhbar arus perdana berbuat begitu. Malah dirasakan seolah-olah kali ini akhbar harian ini menjadi Suara rasmi PAS la pulak.
Penulisnya seperti Zulkiflee Bakar yang sebelum ini menjadi penulis fanatik 'pembela' penyanyi 'aura world' Mawi, tiba-tiba kali ini menjadi pengulas setia parti PAS. Mujur juga rakan baiknya Ku Seman Ku Hussien tak terbabit sama. Kalau tak, jenuh juga kena intip kat Taman Melewar dan kedai-kedai kopi.
Kenyataan terkini dari Tuan Guru Nik Aziz yang disiarkan di muka depan akhbar neutral Sinar Harian berkenaan sokongannya kepada pihak Erdogan (yang ditujukan pada Husam) sedikit sebanyak menyakitkan penulis dari akhbar milik UMNO itu.
Apalagi punca yang hendak dicari bagi menjatuhkan Husam. Tup! Tup! dua Adun UMNO dari Kelantan pulak mohon maaf cara terbuka pada Husam atas fitnah yang dilemparkan dua tahun lepas.
Semua tentu faham kenapa Husam kini diasak dan diburuk-burukkan oleh musuh-musuhnya dalam PAS atau diluar PAS seakan-akan kemarahan orang UMNO terhadap pemimpin utama DAP, Karpal Singh baru-baru ini atas isu Sultan Perak.
Kalau kita semua dapat berfikir, tindakan demi tindakan yang dilakukan ke atas Husam bagi tujuan menjatuhkan Husam dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden PAS, apakah maknanya? Tentu ada 'rahsia' tersembunyi apabila orang UMNO marah sangat dengan Husam Musa.

Wednesday, June 3, 2009

Hadis : Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Nizar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin depan



YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Isnin depan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak, di sini, pagi tadi.

"Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Jun ini walaupun alasan penghakiman bertulis berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu itu, sehingga sekarang belum lagi dikeluarkan," katanya pada sidang media di Wisma DAP tengahari ini

Utusan Malaysia Berkempen Untuk Calon Timbalan Presiden Mereka Lagi




Nampaknya, suara rasmi UMNO, Utusan Malaysia sedang berkempen lagi untuk calon idaman kalbu UMNO dan BN.

Artikel terbaru pengarang Utusan, Zulkiflee Bakar bertajuk ”Menilai Hujah Husam” mendedahkan kepada kita betapa bencinya Utusan Malaysia kepada Husam Musa.

Jelaslah, bahwa satu-satunya calon yang dibenci dan ditakuti oleh UMNO/Utusan Malaysia adalah Husam Musa. Jelas juga, bahawa UMNO amat takut calon idaman hati mereka kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mereka.

Zulkiflee Bakar juga menulis:

” Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui”

Ia mengesahkan bahawa UMNO tidak mahu Husam menjadi Timbalan Presiden kerana tidak mahu usaha membawa PAS kepada UMNO ini dihentikan.

Zulkiflee Bakar juga menampakkan kebodohan dan ketonggongan beliau berkenaan dengan PAS. Hakikatnya, kuasa atau faktor yang menyebabkan PAS tidak mahu langsung merapati UMNO sekarang ini adalah faktor Tok Guru Nik Aziz dan tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.

Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.

Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.

Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini.

Untuk membaca lagi berkenaan dengan dosa-dosa UMNO kepada PAS sila klik:

http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/31/menjawab-rencana-zulkiflee-bakar-mingguan-malaysia/

Disenaraikan bukti betapa Kelantan ditindas oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah atas desakan pimpinan2 UMNO Kelantan semata-mata.

Tolonglah para perwakilan semua. Kalau tak suka kat Husam Musa pun, undilah Abg Mat SAbu. Janganlah undi calon yang mahu merapatkan hubungan dengan mereka yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan memfitnah beliau.

Sayanglah PAS dan sayanglah Islam. Janganlah beri peluang UMNO menghancurkan Islam sebegini rupa

Akhirnya ADUN Bn minta maaf pada Husam





















Notis Permohonan Maaf
"Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhjadap beliau kepada BPR pada tahuin 2007.



"Saya dengan ini menarik balik segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau serta memburukkan keperibadian beliau."

Tok Guru Nik Aziz sokong 'geng Erdogan dalam PAS'


Melihat akhbar Sinar semalam muka dengan tersenyum bila baca komen Tuan Guru Nik Aziz. Katanya“Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular.”

Bumbung stadium runtuh, Pemuda PAS desak SPRM siasat

KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi tadi .

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

(Harakahdaily)

Sunday, May 31, 2009

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

46.15% mengundi di Penanti - terendah dalam sejarah

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ia merupakan peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah Malaysia.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Difahamkan sebelulm ini, peratusan terendah pernah dicatat di Sarawak.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin mendapat 7,346 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid dengan majoriti 2,219 undi. Abdul Jalil mendapat 5,127 undi.

Bagaimanapun, BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.

SPR sebelum ini mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Friday, May 29, 2009

PAS lancar jentera pilihan raya Dun Manek Urai hari ini.


KRAI, 28 Mei : - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS akan melancarkan jentera kempennya hari ini di Kampung Manek Urai Baru.

Pelancarannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh.

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini.

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka.

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

(Berita asal harakahdaily)

Thursday, May 28, 2009

P'raya Manek Urai 14 Jul


Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai.

Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.

Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu

Wednesday, May 27, 2009

Adun Perak Terima RM 3 Juta Dari Najib

Salah seorang bekas exco PR yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran dibuat, kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO/BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut dan beliau yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak.


Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …” al-ahkam.net

Tuesday, May 26, 2009

KETUA KAMPUNG SAMAN KERAJAAN BN

Ketua-ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan PR seluruh Perak telah menfailkan saman ke atas Kerajaan Negeri Perak kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Saman tersebut telah dikemukakan oleh En. Mohd Ridzuan Asit yang mewakili kesemua Ketua Kampung seluruh Perak.

Semua Ketua Kampung telahpun dilantik oleh Kerajaan PR pada 7.8.2008 sehingga 31.7.2010. Tetapi perkhidmatan mereka semua telah ditamatkan berkuatkuasa pada 16.4.2009 yang lalu.

Dalam saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung, mereka menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka, menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-ketua Kampung, menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah, menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung, menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata,menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Dato' Seri Hj Nizar, YB Ngeh Ko Ham, YB Zainuddin dan ADUN-ADUN PR serta pimpinan PR yang lain turut hadir memberi sokongan moral dan semangat kepada Ketua-ketua Kampung.

Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan

Lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini

DEBAT MLM INI YB HUSSAN & ZAHID HAMIDI


Naib Presiden PAS,YB Dato’ Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi akan bertemu dalam Program Hujah TV 9 pada 26 Mei 2009 (Selasa) jam 9.30 malam.

Program tersebut akan menampilkan Profesor Madya Agus Yusof sebagai pemudahcara dengan tajuk “Rasuah Politik” dan akan disiarkan secara langsung oleh TV9.

Husam dilaporkan akan menyentuh perkara-perkara slogan Bersih Cekap Amanah yang semakin dilupakan oleh pemimpin-pemimpin BN, isu korupsi, agensi-agensi kerajaan yang lebih bertindak sebagai agen parti pemerintah seperti SPR dan SPRM, insitutsi kehakiman dan lain-lain.

Menteri Besar Mahkamah"


Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau. Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah. "Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum. "Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama. Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak. Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah. Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu. "Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan. "Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti. Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri. Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar

Bubar DUN : Pelancaran Puasa Sunat dan Mogok Lapar pagi ini

IPOH : Satu pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar bertempat di perkarangan Wisma DAP Ipoh pagi ini pada jam 10.00 pagi.

Setakat yang saya maklum dijangkakan ramai umat Islam khususnya untuk warga Perak telah memulai puasa sunat 3 hari bermula hari ini bertutur-turut sehingga Khamis ini.

Selain itu untuk mereka yang berminat melakukan mogok lapar mereka akan disediakan khemah-khemah yang akan menempatkan mereka diperkarangan Wisma DAP mulai pagi ini.

Dijangkakan program ini akan menarik minat penyokong pakatan Rakyat yang bukan Islam. Inilah pertama kali program seumpama ini dilakukan di Perak dan di Malaysia.

Monday, May 25, 2009

1 Malaysia, 1 Negeri 2 MB , 1 Parti 2 Presiden




MB Halal



MB Haram



Presiden Halal



Presiden Haram

Puasa sunat tiga hari, tingkatkan munajat dan doa.

InsyaAllah esok adalah 1 Jamadal Akhir dalm kelendar Islam, Islam menganjurkan puasa sunat 3 hari dalam sebulan dan kebetulaan pula esok hari teman-teman yang bukan Islam mula mengadakan mogok lapar juga selama 3 hari sehingga khamis ini.

Bersempena itu saya berseru kepada semua pembaca blog ini untuk meningkatkan ibadah disisi Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan sunat termasuklah puasa. Marilah kita berpuasa 3 hari berturut-turu bermula esok hari.

Semasa itulah kita perbanyakan berdoa dan bernunajat kepada Allah supaya Allah mempermudahkan segala usaha kita untuk menegakkan benaran dan meruntuhkan kebathilan dibumi tercinta ini.

Doakan semuga pejuang-pejuang kebenaran diberikan kekuatan dan keyakinan dengan tanpa jemu untuk terus berjihad walaupun mengahadapi tribulasi dari musuh-musuh dikalangan jin dan manusia.

Semuga Ibadah sunat ini dapat melahirkan kita sebagai insan yang tetap sabar menghadapi ujian dan cobaan yang datang dan pergi dalam kehidupan dan perjuangan ini

Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pemangku Raja


KOTA BHARU, 25 Mei : - Tengku Mahkota Kelantan kini dilantik sebagai Pemangku Raja memandangkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sedang gering.

Tengku Muhammad Faris Petra menjalankan tugas Sultan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Pelantikan tersebut berkuatkuasa pada 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Ismail Petra sembuh daripada kegeringan.

Pengisytiharan mengenai perkara itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

"Hendaklah ada satu pangkuan Raja di dalam negeri apabila Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas menjaga hal ehwal negeri, maka Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," katanya

Kelmarin Majlis Perajaan Negeri mengadakan mesyuarat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris, iaitu anakanda sulung kepada Sultan Kelantan sebagai Pemangku Raja.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 14 Mei lepas bagi menjalani rawatan setelah mengadu mengalami masalah pernafasan.

Baginda kemudian didapati mengalami masalah jantung.

Bagaimanapun semalam baginda dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Harakahdaily

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya

KUALA KRAI, 24 Mei : - PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan.

"Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai.

"Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi.

Malam semalam seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan.

Mangsa dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia juga mengusahakan kedai runcit di ladang tersebut. Kumara merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, PAS Kuala Krai akur sepenuhnya mana-mana calon yang diketengahkan pimpinan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Beliau juga berharap mendapat kerjasama jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dari seluruh negara seperti mana yang berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya yakin sepenuhnya seluruh jentera Pakatan Rakyat akan turut memberi sumbangan dalam pelbagai cara untuk mempertahankan Dun Manek Urai," katanya.

Beliau juga berharap Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai memandangkan sebelum ini mereka tidak mahu membazirkan wang kerajaan.

"Sekarang kita akan lihat mereka akan bertanding atau tidak. Kalau di Penanti mereka menarik diri atas alasan tidak mahu membazir," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zin berkata, pemuda PAS kawasan itu akan bekerja keras mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tersebut. Harakahdaily.

Sunday, May 24, 2009

DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Malek Urai, Kelantan akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi semalam.

Ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang akan meletakkan calon di Manek Urai, Nik Aziz menyambut baik keputusan itu kerana katanya, sebagai sebuah parti politik yang sah, BN sememangnya harus bertanding.

"Bila BN tidak mahu bertanding tempoh hari (di Penanti), dia telah menjadi taraf parti Bebas.

"Kalau sebagai sebuah parti politik yang sah, dia akan bertanding dengan cara mana sekali pun," katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, PAS mengamalkan sikap terbuka untuk membenarkan kaum Cina dan India memegang jawatan Menteri Besar Kelantan dengan syarat mereka harus beragama Islam, warak dan berkelayakan.

"Islam tidak gunakan bangsa sebagai sesuatu yang ditonjolkan.

"Walaupun Kelantan majoritinya Melayu tapi kalau Cina Muslim, India Muslim, belajar Islam di universiti dan luar negeri, saya sanggup berkempen di kalangan masyarakat Kelantan lantik dia jadi Menteri Besar.

"Umno sebut ketuanan Melayu, kita sebut ketuanan Islam," katanya.

Katanya, jika Umno ingin bekerjasama dengan PAS, mereka perlu menukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Berhubung pemilihan parti pada Muktamar PAS Ke-55 bulan depan, Nik Aziz berkata, beliau percaya perwakilan akan membuat pilihan yang tepat.

Beliau melahirkan sokongan kepada calon-calon yang mahu bertanding kerana mahu membantu dan menyayangi parti, bukan yang sengaja bertanding untuk mencetuskan gangguan. Harakahdaily.

Saturday, May 23, 2009

Hanipa Maidin : Mahkamah Melahirkan Doktrin Raja Mutlak

Apa kata peguam kepada Dato Seri Nizar mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 May 2009? Menurut Mohamed Hanipa Maidin, ............

……..pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.


.Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan

Penanti:PKR ditentang 3 Calon Bebas


BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan tiga calon Bebas.

Calon PKR, Mansor Othman, 59, dicabar calon Bebas, Aminah Abdullah, 56; Nai-Khan Ari, 41; dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pencalonan bagi seorang lagi calon Bebas, Mohd Saberi Othman, 49, bagaimanapun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak enam bantahan dikemukakan kepada SPR dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Penanti, Roslan Yahaya, mengisytiharkan empat daripada mereka layak bertanding jam 11.58 pagi tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu dengan alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari Barisan Nasional (BN) tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, di DUN Seberang Jaya manakala pada 2009 beliau kalah kepada calon BN, Datuk Mohd Zain Omar bagi Parlimen Balik Pulau.

Antara yang menarik di Penanti ialah kehadiran semula calon Bebas, Kamrul Ramizu yang sebelum ini bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikannya tewas serta hilang wang pertaruhan.

Pilihan raya Penanti juga tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN)yang memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding.

Tengku Mahkota Kelantan talipon saya ucap Takziah - Nik Aziz

KUALA KRAI : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beberapa ketika sebelum solat jenazah ADUN Manek Urai beliau menerima pangilan talipon dari Tengku Mahkota Kelantan yang mengucapkan Takziah. Sehubungan itu beliau melahirkan ucapan penghargaan dengan ucapan dari Tengku mahkota yang disifatkannya sebagai berjiwa rakyat.

Sebelum itu Tuan Guru menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan parti PAS.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, 60, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung, sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Nik Aziz mengimamkan sembahyang jenazah Ismail di Masjid Manik Urai Lama di sini dengan disertai oleh lebih 3,000 yang lain, sebelum dikebumikan selepas sembahyang Jumaat. Ramainya yang hadir menyebabkan jemaah melimpah sampai keatas jalanraya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Ismail mewakili kerusi Manik Urai selama lima penggal sejak memenanginya pada pilihan raya umum 1985

Temubual Eksklusif YAB Ir Nizar

Krisis Perak: Tuhan Tidak Peduli?


Aik, hakim (Hakim Mahkamah Tinggi) pun boleh silap? Bicara punya bicara, hujah punya hujah, semalaman memikirkan bagaimana mahu menyediakan kertas penghakiman, tiba-tiba hakim sikit atas pula kata hakim bawah sikit buat kesilapan.

Tak pernah dengar pula, hakim sikit bawah kata, hakim sikit atas buat silap?
Macam mana sistem ini, sesudah hujah dan bukti, cup-cup ada cupnya. Teringat masa kecik-kecik telanjang bulat dulu main ‘toi’ depan rumah. Asyik cup saja. Yang cup itu memang kawan lebih tinggi.



Memang manusia tidak sunyi buat silap. Soalnya apakah orang yang atas lagi itu tak buat silapkah? Kalau dalam sistem penghakiman asyik pindah satu mahkamah ke satu mahkamah kemudian keputusannya dihempuk kepada hakim buat silap, haahhh, ini sistem injit-injit semut.

Barangkali kalau ada sepuluh mahkamah dalam sistem seperti sekarang ini, sembilan hakim tetap buat silap.

Ertinya yang kalah bukanlah salah.
Yang menang belum tentu benar.
Yang kalah kerana hakim buat silap.
Yang menang kerana hujah.

Kebenaran tersembunyi dalam hujah. Siapa yang pandai sembunyi kebenaran, berkuasa sorok kebenaran, maka menanglah yang tak benar.

Rasa-rasanya kemelut politik di negara kita dalam isu dan kes apapun, baik kes besar atau kecil, dari bunuh hingga curi telur ayam, kita bukan mencari kebenaran, tetapi kemenangan.

Mengenepikan kebenaran dalam sistem penghakiman, maka berlakulah ketidak adilan.

Apakah Tuhan tidak peduli?

Memang Tuhan tidak peduli pun politik macam ini. Buat menyemak fail malaikat.
Sayang, mahkamah akhirat lambat sangat. Bagaimana kalau Tuhan masih tidak peduli?

Jawab Hj. Pikun, tukang buat surat sumpah: Mana ada Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan di akhirat. Sebab itu Tuhan tak peduli.

(Sumber: Azizi Haji Abdullah)

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN


Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut .

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.