Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Friday, May 22, 2009

Perjuangan Belum Berakhir

Bermula dengan Nabi Adam sehingga hari akhirat perjuangan menegakkan Agama Allah akan diteruskan oleh pejuang-pejuang yang sentiasa menurut perintah Allah .Setiap perjuangan penuh dengan ujian dan dugaan.Kita sebagai perjuang Islam haruslah bersabar menerima ujian dari Allah.Sesungguhnya setiap yang terjadi Allah telah tentukan hikmahnya.

Walaupun hari ini kita tewas bukan bermakna kita akan tewas selama-lamanya.Ini baru satu ujian dari Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita sebagai perjuang Islam.Nabi sendiri pernah tewas didalam perperangan untuk menegak syiar Islam.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini adalah satu ujian buat kita semua,Hari ini Allah uji kita dengan dua berita yang menyedihkan kita ,satu kembalinya adun Manek Urai dan Kekalahan YAB Ir Nizar di Mahkamah Rayuan.Walaupun kedua dua berita sedih itu tetapi ada hikmahnya.Melalui PR Manek Urai nanti kita semua akan bekerja keras untuk mempertahankan Dun manek Urai milik kita.Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini ,YAB Ir Nizar akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.Kerajaan Perak tetap akan dilanda krisis selagi DUN tidak dibubarkan.YB Sivakumar yang dirampas kuasanya pada 7 mei lalu tidak akan membiarkan perkara itu tanpa tindakan.

Sebagai perjuang Islam kita harus terima keputusan kerana setiap yang berlaku Allah telah tetapkan dan ada hikmahnya.

Nizar kalah : Kuasa Dewan dinafikan untuk tentukan kedudukan Menteri Besar.

PUTRAJAYA, 22 Mei : - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.

Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.

"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.

Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Persidangan pada petang tadi dilihat me3ndapat perhatian ramai pihak termasuklah rakan media yang kebanyakannya datang lebih awal. Selain itu Kelihatan ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut hadir bersama penyokong masing-masing berjumlah lebih 200 orang.

Keadaan bilik perbicaraan lebih awal penuh dengan tempat duduk yang dihadkan sebanyak 70 orang sahaja. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat masuk.

Sementara itu kawalan ketat dari pihak keselamatan menghiasi suasana di lantai bawah tempat bilik penghakiman diadakan. Kebanyakan rakan media yang tidak dapat masuk kedalam dewan hanya berligar di luar.

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

YAB IR Nizar Akan Kemukakan Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

Peguam YAB Ir Nizar , Haji Sulaiman Abdullah memberitahu bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan

Keputusan Dah Dirancang

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi telah diberitahu untuk memastikan keputusan akan memihak kepada Umno.

Zaki, seterusnya telah mengarahkan Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Dato’ Alauddin Dato Mohd. Sherrif, untuk memberitahu ketiga-tiga hakim…Hakim Abd. Raus Sharif, datuk Zainun Ali dan Ahmad maarop…untuk memberikan keputusan yang ‘betul.’ Sekiranya mereka tidak mampu untuk memberikan keputusan 3-0, sekurang-kurangnya mereka perlu member keputusan 2-1..dimana Zainun akan memihak kepada Nizar. BN kemudiannya akan dilihat sebagai ‘adil’ dan ‘telus’ dan Pakatan Rakyat tidak boleh berkata apa-apa.

Selepas itu, Zambry akan mengadap Sultan dan memohon pembubaran DUN Perak. Umno perlu dilihat melakukan semua ini..bukannya Nizar. Dan Umno akan melakukan ini walaupun mereka boleh memerintah Perak tanpa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Bagaimana yang dikatakan Najib gila kuasa dan tidak adil?

Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.

Benar..memang susah bagi Barisan Nasional untuk menang tapi apa bezanya? Keadaan sekarang sudah buntu. Sekiranya BN terus memegang kuasa…mereka akan dilihat sebagai perampas…tetapi dengan membubarkan DUN…mereka akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat…walaupun mahkamah telah mengesahkan mereka sebagai kerajaan yang sah.

Tujuannya adalah untuk menahan kebangkitan Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat. Pembubaran DUN Perak adalah kehendak BN..bukan Pakatan Rakyat. Dan dengan pembubaran ini..BN akan dilihat sebagai prihatin kepada rakyat..malah ianya dibuat atas desakan Pakatan Rakyat.

Imej Pakatan Rakyat akan dicanang sebagai pihak yang menyebabkan kesusahan rakyat..dan BN akan mempelopori imej bahawa mereka adalah pembela rakyat.

Dan sekiranya BN menang dalam pilihanraya DUN Perak nanti…Najib berpeluang melantik orangnya untuk menjadi Menteri Besar. Tidak mungkin Zambry…kerana Zambry bukan orang dia tetapi orang Pak Lah. Dengan strategi yang diatur oleh Mahathir..Najib mendapat Perak dan menyingkir Menteri Besar yang bukan pilihanya. Itulah yang dirancang oleh Najib.

Jangan lupa…bahawa Mahathir adalah pakar strategi dan dia kini berada dibelakang Najib. (Baca artikel sepenuhnya di Malaysia Today) - sumber dipetik dari perakexspress

Keputusan tak sampai 10 minit

Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan tidak sampai 10 minit dengan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas dengan mengistiharkan Zamry sebagai MB Perak

Terkini .3.46 sidang bermula

Sekarang ketiga tiga hakim memulakan pembacaan penghakimannya. Kamar pembacaraan penuh dengan pemerhati

MB Halal MB Haram.


Minggu lepas YAB Ir Nizar dah disahkan MB Perak yang sah, cuma minggu ni Zamry MB Haram pun nak dapat kan pengesahan nya disisi perlembagaan.Tapi hakikatnya yang Haram tetap Haram. Bila buat yang haram semua boleh jadi . Haram pun boleh jadi halal.

Siapa MB sah Perak?

Keputusan yang dinanti-nantikan seluruh negara berhubung kesahihah menteri besar Perak akan diketahui lebih kurang 15 minit lagi.

Mahkamah Rayuan akan mengumumkan penghakiman rayuan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim telah mendengar hujah kedua-dua pihak di mahkamah tersebut di Putrjaya seharian semalam.

Hakikatnya Mahkamah Tinggi telah memutuskan YAB Ir Nizar adalah MB Perak yang sah

PAS jangka PRU Ke-13 awal, yakin 3 negeri lagi dikuasai Pakatan

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

“Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

“Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional,” katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.

Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.

Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.

“Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.

“Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya,” katanya.

Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

KOTA BHARU, 22 Mei : - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan memaklumkan secara rasmi kekosongan kerusi di Dun Manek Urai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini.

Beliau berkata, pemakluman secara rasmi akan dihantar pada tarikh terbabit disebabkan hari ini dan esok cuti mingguan di Kelantan. Manakala Ahad pula cuti mingguan di Kuala Lumpur.

Perkara 46 (5) Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan menyatakan sesuatu kekosongan luar jangka kerusi di Dun perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas tarikh dipastikan kekosongan oleh SPR.

"Saya akan kempilkan bersama surat kematian Adun terbabit bagi memaklumkan kekosongan tersebut. Surat rasmi akan dihantar kepada Pengarah SPR Kelantan dan ibu pejabat SPR," katanya di sini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ismail mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. Ismail mendapat 5,746 undi, manakala Zulkifli (4,394 undi).

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004, Zulkifli menang dengan majoriti tipis sebanyak 53undi mengatasi calon PAS ketika itu, Ustaz Zamzuri Mat Lazim. Harakahdaily

Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding


KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calon di Penanti, turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.
"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun kalah.
"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.
Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calon di Manek Urai.
Isnin lalu Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac 2008 .

Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri.Pilihan raya kecil kawasan DUN Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004

ADUN Manek Urai Kelantan meninggal dunia.


Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.

Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan dari Speaker DUN Kelantan, Ust. Nasharuddin Daud yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas sembahyang subuh pagi ini.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan..

Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus.

Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah.....

(CinaIslam)