Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Tuesday, May 5, 2009

Apakah kewajaran ADUN Perak dilarang bawa pemerhati ?

Saya mempersoalkan apakah kewajaran Wakil-wakil rakyat Perak dilarang membawa penyokong masing-masing yang kononnya dengan alasan yang tidak munasabah iaitu "bagi mengelakkan sebarang kerumitan", demikian arahan terbaru yang dikeluarkan oleh setiausaha kerajaan negeri berdasarkan kad yang diterima oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat mulai hari ini.

"Untuk mengelakkan sebarang kerumitan, Yang Berhormat Datuk, tuan-puan TIDAK DIBENARKAN membawa pemerhati. Segala kerjasama amat dihargai, terima kasih," arahan pejabat Datuk Abdul Rahman Hashim dipetik.

Turut disertakan aturcara majlis istiadat pembukaan rasmi penggal kedua persidangan DUN oleh Sultan Perak, Khamis ini.

Sepatutnya SUK mestilah beranggapan baik kepada semua yang hadir bagi menyaksikan persidangan yang penting itu buka sejak awallagi menganggap sesuatu yang baik kepada mereka.

Sedangkan sebelum ini kita membuka sidang untuk semua pihak yang menyaksikan setiap sidang. Malah seamsa PR memerintah Perak, sidang disiarkan secara langsung di dalam TV Internet.

Persidangan DUN Perak kali ini sangat genting untuk BN dan Pakatan Rakyat susulan krisis perebutan kuasa sejak Februari lalu.

Kedua-dua pihak mengakui menteri besar yang sah - Datuk Zambry Abd Kadir (BN) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan) - dan tuntutan ini masih belum diputuskan di mahkamah.

Semasa ditemuramah oleh wartawan The Star sebentar tadi, saya secara jujur mengatakan bahawa sidang yang akan berlangsung itu akan berjalan dengan lancar kerana segala peraturan yang ada sudah cukup untuk melancarkan persidangan itu.

Polis semalam melarang orang ramai berhimpun dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan bangunan DUN, setelah penyokong Pakatan ingin tampil menyaksikan peristiwa penting itu dan menyatakan sokongan kepada kerajaan pilihan mereka.(CINA ISLAM BLOG)