Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Thursday, April 23, 2009

23 April 2009 : Kes Nizar vs Zambry


Untuk makluman semua perbicaraan Kes Nizar vs Zambry untuk menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan diadakan seperti berikut :

Pada: 23 April 2009
Jam : 2.30pm
Tempat : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur


Peguam-Peguam Dato Seri Nizar :
1) Tuan Hj. Sulaiman
2) Tuan Edmund Bon
3) Tuan Ranjit Singh
4) Tuan Amer
5) Tuan Hanipa
6) Tuan Zul
7) Tuan Chan KK
8) Tuan Leong

Novel : Bidadari Dari Timur


Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128
Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan

Masjid Kampung Laut Tumpat



Masjid Kampung Laut
Merupakan sebuah masjid yang unik dan menarik dari segi pembinaannya. Keistimewaan masjid ini adalah struktur binaannya diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan paku dimana ianya hanya dipasak.Bangunannya masih lagi kekal dan utuh untuk digunakan sebagai tempat beribadat. Kini Masjid ini terletak di Nilam Puri dimana ianya telah dipindahkan pada tahun 1965 dari tapak asal kerana didapati tapak asalnya telah berada didalam Sungai Kelantan

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid tertua yang masih wujud di Kelantan dan di antara yang tertua di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad yang ke-18 oleh pengembang Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk tempatan. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat di pinggir Sungai Kelantan

Sehingga 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun, hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula

Menyedari keadaan ini satu jawatankuasa Pengelola Masjid telah dibentuk untuk membaikpulih, mengelola, menjaga dan memelihara masjid lama itu supaya rekabentuk dan binaan asalnya dapat dikekalkan.

(MAJLIS DAERAH TUMPAT)