Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Wednesday, May 20, 2009

UMNO DITALKINKAN


Gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.

Umno telah mati di hati rakyat !!

Siapakah hakim yang benarkan permohonan Zambry?

KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) - AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin hari ini mendedahkan bahawa Hakim yang membenarkan rayuan Zambry Abdul Kadir untuk mengantung keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Menteri Besar Perak yang sah adalah diantara nama yang disebut oleh VK Linggam.

Beliau yang memberitahu Suara Keadilan, VK Linggam yang telah mengemparkan negara dengan perbualan telefon mengenai ketirisan sistem kehakiman negara ini yelah menyebut nama Ramly Ali.

“Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,” katanya dalam kenyataan yang diterima oleh kami.

Jelas Badrul yang juga Ketua KeADILan Rembau, semua hakim yang telah disebut oleh Linggam haruslah disiasat atau diberhentikan kontrak mereka.

Dalam pendedahan yang sama menurut Badrul, Ahli Parlimen Jelutong telah mengatakan bahawa, Hakim Ramly telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April lalu, iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes ini di Mahkamah.

Namun, jelas Badrul, ianya telah terbalik, mahkamah telah menaikan pangkat Ramly untuk menjadi hakim di Mahkamah Rayuan.

“Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

“Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam,” katanya lagi.

Mahkamah, jelas Badrul, tidak mencermin keadilan apabila Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk mendengar rayuan dihadapan tiga orang hakim, manakala bagi Zambry pula, mahkamah hanya mengambil 2 jam mendengar kes berkenaan selepas difailkan jam 9.30 pagi dengan hanya satu hakim.

“Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama,” katanya yang merujuk ketidakadilan yang berlaku dalam kes rayuan Zambry.

12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah yang dibuat sehari sebelum itu.

Keesokan harinya pula, Nizar memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat oleh Ramly yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi .

PENANTI: Najib Takut Kuasa Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 MEI (SK) - PRESIDEN Umno, Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan untuk tidak meletakan calon Barisan Nasional bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti adalah akibat ketakutan beliau dengan kekuatan Pakatan Rakyat.

Mengulas perkara berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin, Najib yang diketahui umum dengan sifat kejamnya kini takut dengan kekuatan yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat.

“Selepas Pilihanraya Umum ke 12 kita dapat melihat perubahan rakyat yang menolak BN, dan kini untuk kerusi di Penanti Najib sendiri takut untuk melihat kekuatan Pakatan Rakyat untuk menafikan sokongan terhadap BN,” kata Badrul ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.

Selain dari itu, jelas Badrul, Najib juga takut dengan kuasa rakyat untuk berhadapan dengan ahli Umno yang akan mempesalahkan beliau yang menjadi penyebab kekalahan besar Umno dan Barisan Nasional.

Pada pilihanraya lepas, menurut Badrul, ada kem Umno yang menyalahkan bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penyebab kekalahan.

“Dan kini, beliau yang juga dari kalangan kem yang lantang mengkritik Abdullah kerana menjadi penyebab takut akan mengalami nasib yang sama kerana kerana kekalahan Umno di Penanti,

“Ini bermakna beliau takut untuk berdepan dengan kenyataan apabila ada kumpulan-kumpulan dalaman Umno yang meminta beliau bertanggungjawab keatas kekalahan tersebut,” katanya lagi ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tunggu perbicaraan di mahkamah hari Khamis, itu kenyataan saya

Hari ini saya banyak menerima panggilan dari rakan media dari perak dan termasuk juga dari Kuala Lumpur. Persoalannya ialah tentang posting saya berkaitan DYTM Raja Nazrin perkenan menerima mengadap DS. Nizar di Istana Iskandariah kelmarin.

Mungkin banyak rakan media keliru mengenai kenyataan saya sendiri dan bukannya apa yang dikaitkan dengan titah Raja Nazrin iaitu : "apa-apa hal tunggu keputusan perbicaraan di mahkamah pada hari khamis".

Pembetulan ini saya lakukan demi untuk mengelakkan kekeliruan dari siaran beberapa rakan media yang mengatakan ucapan itu adalah dari DYTM Raja Muda Perak.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

DUN PERAK PASTI AKAN DIBUBARKAN - HUSAM


Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas. Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Dari Blog Husam Musa