Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Monday, December 21, 2009

Amaran Tok Guru Nik Aziz kepada Nik Aziz 14 Tahun lalu

Sewaktu berucap kepada mahasiswa –mahasiswi Kelantan sempena Aidilfitri pada 5 Mac 1995, di Kota Bharu, Tok Guru Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah mendedahkan satu rahsia dirinya berhubung dengan kepimpinan dan pentadbiran negeri. Katanya “Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan”.

Tok Guru Nik Aziz tidak berasa cemas dengan kedudukan kewangan negeri Kelantan yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi sering pula disabotaj oleh pihak tertentu. Mengapa dia tidak cemas? Jawabnya ialah kerana ada perkara lain yang lebih mencemaskan dia. Apakah perkara lain yang begitu penting hingga mencemaskan dia lebih daripada masalah kewangan negeri yang tidak mencukupi itu ? “Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”. Kebimbangan begitu timbul kerana beliau telah melihat banyak sekali pemimpin di dunia ini bersikap demikian. Ada juga yang pada mulanya baik tetapi setelah agak lama berkuasa, fikiran dan sikapnya berubah kepada mementingkan diri, keluarga dan kroni. Hal ini turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di Negara kita. Maka tidak ada cara lain untuk mengelak daripada berlakunya penyelewengan di dalam diri sendiri seperti itu melainkan dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui sembahyang sunat tengah malam dan lain-lain amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Towardsmardhatillah:

Petikan buku ini merupakan amaran kepada diri Tok Guru sendiri. Jika benar Arif Fahmi menghormati Tok Guru Nik Aziz selaku bapa mertuanya, beliau wajar berundur . Perlantikan beliau sebagai CEO PMBK adalah satu kesilapan. Jangan menyusahkan jiwa Tok Guru lagi !

Tuesday, December 8, 2009

TOK GURU yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi

Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

"Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan," jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah 'PAS For All.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

"Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka."

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah."

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

"Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru," ujarnya.

DOA TOK GURU



"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," doa Nik Aziz

"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."