Sesaat Berlalu Adalah Sejarah

Thursday, April 23, 2009

Masjid Kampung Laut Tumpat



Masjid Kampung Laut
Merupakan sebuah masjid yang unik dan menarik dari segi pembinaannya. Keistimewaan masjid ini adalah struktur binaannya diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan paku dimana ianya hanya dipasak.Bangunannya masih lagi kekal dan utuh untuk digunakan sebagai tempat beribadat. Kini Masjid ini terletak di Nilam Puri dimana ianya telah dipindahkan pada tahun 1965 dari tapak asal kerana didapati tapak asalnya telah berada didalam Sungai Kelantan

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid tertua yang masih wujud di Kelantan dan di antara yang tertua di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad yang ke-18 oleh pengembang Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk tempatan. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat di pinggir Sungai Kelantan

Sehingga 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun, hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula

Menyedari keadaan ini satu jawatankuasa Pengelola Masjid telah dibentuk untuk membaikpulih, mengelola, menjaga dan memelihara masjid lama itu supaya rekabentuk dan binaan asalnya dapat dikekalkan.

(MAJLIS DAERAH TUMPAT)