Minggu lepas, hampir kesemua pasar raya di Kota Bharu Bandaraya Islam saya masuk untuk mencari gula. Tetapi semuanya hampa, semuanya tiada, sudah habis, stok tak sampai. Hmmm...macam-macam alasan lagi. Jika dibandingkan 2,3 minggu sebelumnya ataupun 2,3 bulan sebelumnya, bekalan gula memang mencukupi. Mengapa 2,3 minggu ni bekalan gula sudah tidak ada? Adakah kilang gula sudah ditutup? Ataupun sudah tiada lagi ladang-ladang tebu di Malaysia ni?
Jika kita selusuri masa. Peristiwa bekalan gula tiada di pasaran ini berlaku saban tahun. Ia berlaku dalam waktu yang sama iaitu bila hampir dengan Ramadhan, dengan musim-musim perayaan di negara ini. Ini kerana permintaan gula adalah tinggi pada waktu-waktu tersebut. Persoalannya, sekarang ni belum bulan puasa lagi, mengapa bekalan sudah tiada di pasaran?
Maka kerajaan pun adakan perjumpaan sekali lagi dengan pembekal, pengilang dan pemborong gula pada tahun ini. Seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sudah. Adakah kerajaan tidak boleh pikir ke? Benda ni berlaku saban tahun? Bila musim-musim ni tamat, hmm...bekalan gula pun tak habis nak makan...berlambak lah di kedai-kedai runcit. Apa? Kita ni tak leh nak pikir ke?
Cubalah pihak berwajib amik tindakan yang konkrit sikit. Jangan jadi macam budak-budak. Tiap-tiap tahun bincang perkara yang sama. Bila harga dinaikkan, bekalan pun mencukupi. Apa ni??? Mana motto nak bela rakyat yang dilaung-laungkan???.
Berikut adalah entri dari Harakahdaily.
Pengguna dan peniaga mula bersungut bekalan gula sukar didapati di pasaran. Peniaga kedai kopi pula terpaksa bertanyakan kepada pelanggan peminat teh O atau kopi O sama ada mahu terus memesan minuman tersebut kerana mereka tidak ada gula.
Jika peminat teh O atau kopi O tetap dengan citarasanya maka mereka terpaksa meminum teh O atau kopi O kosong iaitu teh O atau kopi O yang tidak dimasukkan gula. Sudah tentu rasanya pahit tetapi bagi pengidap kencing manis ia mungkin memberi manafaat.
Bagaimanapun selera boleh diubah dengan memesan teh atau kopi yang dicampur susu tetapi ia akan menambah belanja bulanan minum di kedai kopi. Namun begitu hamburan seranah tetap keluar daripada mulut peminat teh O atau kopi O terhadap kegiatan sorok gula.
Gula menjadi pemanis minuman dan makanan yang paling murah berbanding susu atau bahan pemanis lain. Jika gula tiada di pasaran bermakna berlaku peningkatan perbelanjaan keluarga kerana terpaksa mengantikan bahan pemanis lain yang lebih mahal.
Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap kerajaan yang gagal menangani kegiatan sorok bekalan gula. Malah kejadian ini boleh dikatakan berlaku hampir setiap tahun.
Kegiatan sorok menjadi ugutan serta tekanan terbaik bagi pembekal gula terhadap kerajaan disamping terdapat unsur rasuah yang menambah lagi kejayaan perbuatan tersebut.
Malah setiap kali kegiatan sorok gula berlaku maka kerajaan terpaksa memanggil pemborong dan pembekal gula untuk bermesyuarat dan pada kebiasaannya daripada peristiwa dan sejarah lepas peniaga tersebut mendapat laba apa yang mereka mahu.
Akhirnya permintaan menaikkan harga gula diluluskan kerajaan. Budaya niaga seperti ini turut ditiru oleh pembekal tepung gandum malah pembekal beras juga turut mengambil kesempatan ketika beras berkurangan di pasaran.
Cara niaga seperti ini, akhirnya mendapat kejayaan kepada pembekal. Kerajaan tunduk kepada tekanan peniaga. Sebaliknya dalam soal lain kerajaan tetap keras kepala konon tidak akan tunduk dengan desakan pembangkang walaupun ia keputusan majoriti rakyat.
Umpamanya dalam isu bahasa Melayu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerajaan dengan bongkak dan sombong mengatakan mereka tidak akan tunduk kepada tekanan walaupun rakyat keluar berdemontrasi di jalan raya.
Kenapa pemimpin Umno dan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kesombongan dan kebongkokkan tersebut terhadap golongan pembekal yang menekan mereka melalui kegiatan sorok barangan keperluan harian?
Sepatutnya ketegasan kerajaan patut ditunjuk sama kepada peniaga tersebut supaya rakyat tidak menghadapi bebanan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang.
Sebaliknya itu tidak berlaku, kenapa? Apakah kerajaan BN diselubungi rasuah dengan golongan peniaga sehingga tidak berani menentang desakan tersebut?
Rakyat juga tahu Umno menggunakan banyak wang setiap kali pilihan raya umum dan kecil. Dari mana wang tersebut diperolehi atau mungkin daripada sumbangan konglomerat tersebut yang menguasai pasaran barangan keperluan harian.
Sekiranya unsur tersebut benar maka tidak hairan pemerintah BN akan tunduk kepada desakan menaikkan harga barangan keperluan harian.
Maka perbuatan menyorok barang seperti gula bukanlah menjadi kehairanan kerana ia ada unsur seolah kerajaan memberi lampu hijau dibelakang tabir.
Apabila barangan seperti gula tidak ada dipasaran maka sudah tentu kenaikan harga gula yang diluluskan oleh kerajaan boleh menjadi relevan kepada rakyat.
Rakyat akhirnya terpaksa menerima dengan alasan kononnya harga gula lebih mahal di negara jiran maka kegiatan penyeludupan gula berleluasa ke negara tersebut.
Kalau kerajaan boleh mengarahkan polis menggagalkan demontrasi ISA kenapa tidak ada kerahan bagi menggagalkan penyeludupan?
Apa yang nyata ialah kerajaan banyak beralasan demi menjaga kepentingan konglomerat daripada kepentingan rakyat. Umno tidak sedar ia telah menjadi mainan sorok-menyorok golongan tersebut.
Selagi Umno memerintah isu sorok gula tidak akan selesai. Lihatlah bagaimana kerajaan PAS Kedah dalam masa tidak sampai setahun berjaya menghapuskan pusat penyembelihan babi haram sejak 40 tahun lalu semasa pemerintahan Umno lagi.
Umno memerintah Kedah begitu lama tetapi gagal menyelesaikan masalah yang bertentangan dengan peraturan. Apakah pemerintahan Umno itu kerana ada unsur rasuah sehingga pusat penyembelihan itu boleh beroperasi begitu lama tanpa lesen?
Begitu juga masalah arak di Selangor walaupun pemerintahan Umno berjaya membuat peraturan mengharam jualan arak di kawasan majoriti orang Islam tetapi Umno gagal menguatkuasakannya.
Pemerintahan Umno Selangor tidak berjaya menghalang kedai daripada menjual arak. Sebaliknya dibawah kerajaan pakatan rakyat, Pihak Berkuasan Tempatan (PBT) berani bertindak berdasarkan peraturan yang ditetap mereka.
Oleh kerana tindakan rampasan arak oleh PBT di Shah Alam berdasarkan peraturan yang sedia ada maka PAS bersetuju. Walaupun PAS bukan majoriti dalam kerajaan Selangor tetapi tindakan tersebut telah memberi kejayaan kepada rakyat demi menjaga sosial masyarakat Islam.
Sebaliknya apa yang Umno boleh buat walaupun ada peraturan atau apakah Umno hanya takut kepada golongan peniaga lebih daripada rakyat? Atau apakah Umno banyak diselubungi bayangan rasuah sehingga tunduk kepada perasuah?_
Saturday, August 8, 2009
Kesan darah di Plaza Masalam tetapi tidak disiasat?
Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengejut koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.
Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut
Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu.
Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam hari ini dan lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.
Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.
"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut," kata Lim.
Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.
Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.
"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim.
Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut
Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu.
Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam hari ini dan lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.
Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.
"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut," kata Lim.
Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.
Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.
"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim.
Subscribe to:
Posts (Atom)